Ringkasan Eksekutif
RINGKASAN EKSEKUTIF
Selain itu, perniagaan ini juga turut berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan juga Kementerian Pembangunan Usahawan.
Pada tahun 2016, perniagaan ini hanya dijalankan bermula dari rumah di Taman Damai, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Berkat usaha dan komitmen yang tinggi daripada semua ahli pasukan, perniagaan ini telah berkembang pada tahun 2020 melalui perkhidmatan teknologi penyaman udara dan berjaya membuka pejabat urusan di Rasa Avenue bagi memperluas jaringan demi pembangunan perniagaan yang lebih mampan.
Kini, ARD ELEKTRIK memberikan khidmat pembekalan, perkhidmatan dan penyelenggaraan untuk semua jenis dan jenama penyaman udara domestik dan komersial.
Di samping itu, sebagai nilai tambah kepada perkhidmatan pelanggan sedia ada, ARD ELEKTRIK turut menawarkan perkhidmatan perkhidmatan pendawaian elektrik bagi menjamin keselamatan pelanggan pada tahap terbaik mengikut piawaian dan Standard Operating Procedure (SOP) yang digariskan di bawah Akta Elektrik 1990.
Dengan perkembangan perniagaan serta penambahan ahli pasukan yang berpengalaman dan berkemahiran, ARD ELEKTRIK yakin bahawa visi dan misi yang dirangka mampu dilaksanakan dengan jayanya seiring kualiti perkhidmatan yang diberikan.
ARD ELEKTRIK juga optimis bahawa perkembangan perniagaan ini berpotensi juga mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di kawasan sekitar seterusnya membuka peluang kerjaya kepada graduan lepasan Institusi Kemahiran khususnya dalam bidang elektrikal dan teknologi penyamanan udara.